Wednesday, September 3, 2008

Tanyakan Diri Mu Kenapa Aku

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan

Manusia merupakan ciptaan Allah yang sempurna. Jika manusia berbangga dengan radar ciptaan mereka pada hari ini yang begitu canggih, tanpa mereka sedari diri mereka juga berfungsi seperti radar yang mampu mengesan bahaya dan perkara-perkara yang bakal berlaku dalam kehidupan mereka. Malangnya kerana tidak diberi peluang ataupun tanpa sedar, manusia gagal untuk menguasai radar yang ada pada diri mereka. Allahuakbar.

Betulkah sebutan shahadah kita? Kalau betul dengan siapa kita belajar, siapa guru yang mengajar kita.Betulkah wudhuk kita? Kalau betul siapa yang mengesahkannya dan siapa guru kita.Betulkah Solat dan Alfatihahnya? Kalau betul siapakah yang mengajar dan menjadi guru kita.

No comments: