Thursday, September 11, 2008

ALIF-LAM-MIM

Zahiriah Insaniyah hidup tegap berdiri adalah kerana diwujudkan Allah binaan Tulang Belakangnya. Tanpa wujudnya ia, lembaga manusia tidak akan bisa berdiri dan melangkah ke serata alam. Ingatlah saudara ku, tulang belakang suatu perjuangan adalah pada Teras Akidah Iman mereka. Sejauh mana atau seikhlas mana manhaj islamiyah di dokong, di pikul, di sandang dan diperjuangkan adalah bergantung kepada seYakin mana seseorang itu pada Teras binaan diri Insan setiap individu. Di sini kita menyebut Insan, kerana Insan itu lah yang mengenal Tuhannya. Insan itulah yang mengenal dan mengingat kembali janji-janji dahulu dengan Rabbnya. Dari martabat manusia, hawa nafsu di didik, di cuci dengan amalan Zahir dan Batin, Jasmani dan Rohani, maka terbentuknya jiwa yang memerdekakan nafsu haiwaniyah kepada taraf Insan. Dan Insan itu pula adalah De Facto Standard pada setiap Mukmin. Mukmin itu pula merupakan De Facto Standard kepada setiap Muslim. Bahu membahu, tali menali, bertali dengan ikatan Rohaniyah peningkatan jiwa di garap pada setiap detik nyawa yang keluar masuk, mengagungkan akan Rabnya. Itulah ketetapan Fardhu akan Zahirnya Insan yang sentiasa mengadap Allah siang dan malam. Tiada bercerai keduanya. Lantaran perpisahan itu bakal mengundang kedurjanaan Af’al lalu terdirinya Istana Iblis sebagai pengganti Arasyil Majid.

Monday, September 8, 2008

Ayyuhal 'Abid

Mukmin itu dibina atas itikad yg jazam yang tiada ada padanya akan syak dan waham. Fitrah Rohhaniyah menguasai gerak, abada dan diam pada tajalli insaniah yang tiada ada padanya Aqal bi Nas. Takrifan ketuhanan yang tidak hanya zahir pada kata-kata tetapi meresap dan menguasai gerak, diam pada si mukmin. Mukmin itu pula adalah Arifbillah yang menguasai akan dirinya akan anasir-anasir kejadian Insan dan menguasai pula akan aulia aka nafsunya.Inilah mukmin yang mana kesucian dirinya yang zahir dan yang batin, memertabatkan Roh dan Nafsunya sebagai Khalifah yang dilantik di muka bumi ini. Lantaran keabadian pada wujud yang satu, maka taklifan dan ta’biran alam ini harys nyata dengan garisan kehendak pada sukatan Abu ROh - Rohul Alamin yang di tajalli kan sebagai peradaban sejagat.

Wednesday, September 3, 2008

Tanyakan Diri Mu Kenapa Aku

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan

Manusia merupakan ciptaan Allah yang sempurna. Jika manusia berbangga dengan radar ciptaan mereka pada hari ini yang begitu canggih, tanpa mereka sedari diri mereka juga berfungsi seperti radar yang mampu mengesan bahaya dan perkara-perkara yang bakal berlaku dalam kehidupan mereka. Malangnya kerana tidak diberi peluang ataupun tanpa sedar, manusia gagal untuk menguasai radar yang ada pada diri mereka. Allahuakbar.

Betulkah sebutan shahadah kita? Kalau betul dengan siapa kita belajar, siapa guru yang mengajar kita.Betulkah wudhuk kita? Kalau betul siapa yang mengesahkannya dan siapa guru kita.Betulkah Solat dan Alfatihahnya? Kalau betul siapakah yang mengajar dan menjadi guru kita.