Thursday, September 11, 2008

ALIF-LAM-MIM

Zahiriah Insaniyah hidup tegap berdiri adalah kerana diwujudkan Allah binaan Tulang Belakangnya. Tanpa wujudnya ia, lembaga manusia tidak akan bisa berdiri dan melangkah ke serata alam. Ingatlah saudara ku, tulang belakang suatu perjuangan adalah pada Teras Akidah Iman mereka. Sejauh mana atau seikhlas mana manhaj islamiyah di dokong, di pikul, di sandang dan diperjuangkan adalah bergantung kepada seYakin mana seseorang itu pada Teras binaan diri Insan setiap individu. Di sini kita menyebut Insan, kerana Insan itu lah yang mengenal Tuhannya. Insan itulah yang mengenal dan mengingat kembali janji-janji dahulu dengan Rabbnya. Dari martabat manusia, hawa nafsu di didik, di cuci dengan amalan Zahir dan Batin, Jasmani dan Rohani, maka terbentuknya jiwa yang memerdekakan nafsu haiwaniyah kepada taraf Insan. Dan Insan itu pula adalah De Facto Standard pada setiap Mukmin. Mukmin itu pula merupakan De Facto Standard kepada setiap Muslim. Bahu membahu, tali menali, bertali dengan ikatan Rohaniyah peningkatan jiwa di garap pada setiap detik nyawa yang keluar masuk, mengagungkan akan Rabnya. Itulah ketetapan Fardhu akan Zahirnya Insan yang sentiasa mengadap Allah siang dan malam. Tiada bercerai keduanya. Lantaran perpisahan itu bakal mengundang kedurjanaan Af’al lalu terdirinya Istana Iblis sebagai pengganti Arasyil Majid.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pendekar muda said...

Blog kalau selalu copy paste 100% tak berapa elok untuk perkembangan anda.